Subscribe:




KUALA TERENGGANU: Pemilik kenderaan bercermin gelap yang gagal mematuhi notis arah periksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini akan dikenakan tindakan disenarai hitam kerana ingkar arahan.
Pengarah JPJ negeri Abdul Rahman Emang Anyie berkata kebanyakan pemandu terbabit diberi notis berkenaan ketika operasi penguatkuasaan JPJ. 
"Kebanyakan mereka yang gagal hadir adalah pemilik kenderaan yang memasang cermin gelap dan enggan membuang lapisan 'tinted' yang telah dipasang.

"Setiap kali operasi dibuat, kita memang memberi notis amaran dan tempoh kepada mereka untuk membuang 'tinted' dan seterusnya perlu datang ke JPJ untuk pemeriksaan kembali bagi memastikan tahap ketelusan cahaya itu menepati standard keselamatan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 3,605 notis arah periksa cermin gelap telah dikeluarkan JPJ Terengganu.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright 2009 Berita Menarik